Friday, May 15, 2009

Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah

PEMILIK kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh
dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin.
Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda
terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.

Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci
sudah diputar ke arah `start'.

Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri
dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat
start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual.

Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan
dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih
dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang
untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah
berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat
berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak
untuk meninggikan putaran enjin.

Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan
cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu
tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan
bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri
yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat
dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan
negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat
dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi
tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan
lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi
tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah
kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika
suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin
berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis
kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan
baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan
pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem
penyalaan.

Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan
baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan
kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya,
apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak

akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada
sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah
minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika
cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana
minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak
melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan
kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak
berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk.

Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan
minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan
masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut.
Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang
masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat
dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak
sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi,
sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke
mekanik anda untuk dibaiki.

By:

No comments:

Post a Comment