Friday, May 15, 2009

Belajar Bahasa Inggeris - Adjectives


Adjectives

Dalan pelajaran yang lepas kita telah mempelajari dua jenis perkataan dalam bahasa Inggeris yang amat penting, iaitu Noun, Plural Nouns dan dan Verb. Dalam bab ini pula, kita akan mempelajari tentang adjectives.

Ini adalah jenis perkataan ketiga yang akan kita pelajari dan amat penting untuk anda memahami:-

  1. Apakah itu adjectives
  2. Apakah fungsi adjectives
  3. Bagaimana anda perlu menggunakan adjectives

Pemahaman yang jelas dan terang mengenai adjectives akan membantu anda membuat ayat-ayat yang tepat dan baik dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris anda.

Apakah itu adjectives?

Adjectives adaalah perkataan yang menerangkan tentang sesuatu Noun itu. Noun termasuklah pronoun (kata ganti nama seperti she, he,we, they dan lain-lain) dan juga frasa Noun.

An adjective is a word that tells us more about a noun. (By "noun" we include pronouns and noun phrases.) An adjective "qualifies" or "modifies" a noun (a big dog). Adjectives can be used before a noun (I like Chinese food) or after certain verbs (It is hard). We can often use two or more adjectives together (a beautiful young French lady).

How to Use Adjectives / Bagaimana menggunakan adjectives.

An adjective describes how something 'is'. For this reason, we usually use the verb 'to be' when using adjectives. Adjectives are used to describe nouns.

Suatu adjectives itu menerangkan ‘sifat’ sesuatu nouns itu. Untuk tujuan ini kita biasanya menggunakan ‘verb to be’ bila menggunakan adjectives.

‘Verb to be’ ialah verb pembantu atau auxiliary verb dan merangkumi verb-verb berikut:-

Present tenses – am, is dan are

Past tenses –was dan were

Future tenses –will be

Anda boleh merujuk kepada penggunaannya dalam siri Back To basic English # 5 –Subject Verb Agreement.

Contoh : He is a good doctor.

Rule: Adjectives describe nouns. Adjectives menerangkan nouns. Dalam ayat di atas good=adjectives dan digunakan untuk menerangkan sifat doktor itu.

Contoh : beautiful trees, they are happy

Awas!

  • Adjectives don't have a singular and plural form OR a masculine, femine and neuter form. Adjectives tidak mempunyai bentuk singular (tunggal) atau plural (jamak) ATAU mempunyai bentuk maskulin (lelaki/jantan) , femine (perempuan) dan bentuk neuter (tidak berjantina).

  • Adjectives are always the same! Never add a final -s to an adjective. Tidak perlu menambah ‘s’ dihujung sesuatu adjectives itu.

BUKAN!!: difficults books

  • Adjectives can also be placed at the end of a sentence if they describe the subject of a sentence.

Contoh: My doctor is excellent.

Adjectives boleh diletakkan di hujung sesuatu ayat jika ianya menerangkan subjek sesuatu ayat itu.

Peraturan: Adjectives are placed before the noun. Adjectives di letakkan sebelum nouns.

Contoh : a wonderful book very interesting people

Awas!!

  • Don't place an adjective after the noun. Jangan letakkan adjectives itu selepas noun.

BUKAN!!: an apple red

Adjective Placement / Turutan dalam penggunaan adjectives

When using more than one adjective to describe a noun place the adjectives in the following order before the noun. Bila anda menggunakan lebih dari satu adjectives untuk menerangkan sesuatu nouns itu, gunakan adjectives itu dalam turutan berikut sebelum sesuatu noun itu.

NOTA: We usually use no more than three adjectives preceding a noun. Biasanya kita tidak menggunakan lebih dari tiga adjectives untuk menerangkan sesuatu nouns dalam ayat itu.

Opinion

Dimension

Shape

Age

Color

Origin

Material

1. Opinion / Pandangan / Pendapat

Contoh: an interesting book, a boring lecture

2. Dimension / Dimensi / Saiz

Contoh: a big apple, a thin wallet

3. Shape / Bentuk

Contoh: a square box, an oval mask, a round ball

4. Age / Umur / Usia

Contoh: a new car, a modern building, an ancient ruin

5. Colour / Warna

Contoh: a pink hat, a blue book, a black coat

6. Origin / Asal

Contoh: some Italian shoes, a Perak town, a Malaysian car

7. Material / Bahan

Contoh: a wooden box, a woolen sweater, a plastic toy

Dapatkan nota-nota dan artikel-artikel tambahan di http://knowledgecen tre.wordpress. com/.


Kelas Asas-asas bahasa Inggeris minguan saya akan bermula pada 5 Jun di precint 9 Putrajaya (8-10 malam) dan pada 6hb Jun di Sunway (12.30-2.30ptg) . Kelas akan berjalan selama 10 minggu. Hubungi saya di 019-3090711 segera kerana tempat terhad.

By :

No comments:

Post a Comment