Friday, May 15, 2009

Cara kawal kenderaan



ADALAH penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana
memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak
kemalangan.

Jika sebelum ini, panduan mengenai bagaimana memberhentikan kenderaan
sekiranya brek gagal berfungsi, kenderaan terbabas dan pemecut
terlekat didedahkan, ikuti panduan seterusnya sekiranya anda
menghadapi masalah lain.

Tayar pecah

1. Pegang stereng dengan erat.

2. Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu
membelok ke kiri dan ke kanan.

3. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.

4. Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar
dikawal.

5. Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat
untuk menukar tayar.

6. Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.

7. Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan yang lain
agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

Lampu hadapan kenderaan terpadam

1. Kejadian ini akan mengehadkan pandangan anda.

2. Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek
segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.

3. Naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas.

4. Hentikan kenderaan dengan segera.

5. Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan
untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih
berhati-hati.

Kenderaan terbakar

1. Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik.

2. Hentikan kenderaan dengan segera.

3. Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.

4. Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.

5. Gunakan alat pemadam.

Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

By:

No comments:

Post a Comment