Thursday, June 4, 2009

TIP EKSTRA: Ketika Membuat Laporan Polis

Ini adalah tips-tip tambahan ketika membuat laporan polis selepas terlibat

*Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.*

1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, elakkan mengaku punca
kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan
telefon dan sebagainya.
2. Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun,
beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut
disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM
300.
5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah! [image: :)]

*Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak*

1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa
kenderaan di hadapan sebagai “yang dilanggar” dan kenderaan di belakang
sebagai “yang melanggar”, kecuali dibuktikan sebaliknya
2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana
“bersalah” melanggar kenderaan hadapan.
3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz;
contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang “bersalah”
adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki,
pemilik kenderaan akan didapati “bersalah”, kecuali dibuktikan sebaliknya.
5. Maka, “pihak yang bersalah” akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan
sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman
polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan.
Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!

*Kisah Benar 1:*
Ibu saya mengalami kemalangan, dan membuat laporan polis. Ketika laporan
polis dibuat ibu saya mengatakan bahawa ia berpunca daripada mengantuk.
Namun pegawai yang menerima laporan tersebut mengesyorkan agar tidak
dinyatakan perihal mengantuk. Maka dengan bantuan polis yang baik hati
tersebut, maka laporan polis tersebut tertulislah kemalangan kerana “kambing
melintas jalan”. Maka terselamatlah ibu saya daripada disaman.

*(Nota; Tuntutan insurans tidak boleh dibuat ke atas kambing ataupun pemilik
kambing)*

*Kisah Benar 2:*
Seorang pemilik kenderaan mengalama kemalangan. Kemudian apabila dilaporka
kepada polis lalu mengatakan bahawa dia mengantuk ketika memandu. Lantas,
tanpa banyak soal polis tersebut mengeluarkan saman maksimum. Disebabkan
perkara tersebut, dia tidak layak membuat tuntutan daripada pihak insurans.
Nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kemalangan, kemudian
disaman pula. Selepas ditimpa tangga, terkena pula tahi ayam. Selepas
dikenakan saman, dia tidak layak pula membuat tuntutan insurans dan terpaksa
mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kenderaan yang kemalangan.

*(Nota; Sebarang pengakuan kesilapan diri sendiri atas sesuatu kemalangan,
akan membawa implikasi saman) *

*Kisah Benar 3*
Seorang pelanggan saya mengalami kemalangan. Di membawa kereta dan
terlanggar sebuah motosikal atas kecuaian penuggang motosikal membuat
pusingan U-Turn. Kedua-duannya membuat laporan polis, dan penuggang
motosikal mengaku bersalah. Maka, polis mengeluarkan saman terhadap
penunggang motorsikal.

*(Nota; Sebenarnya dalam situasi di atas, sekiranya pemilik motosikal tidak
mengaku bersalah, maka pemilik kereta mesti membuktikannya. Tapi selalunya
amat sukar untuk membuktikan keadaan itu)*

*Kisah Benar 4*
Seorang peguam mengalami kemalangan jalan raya tetapi di tidak mengaku
bersalah. Polis mengeluarkan saman, dan dia enggan menerimanya atas alasan
dia tidak bersalah. Beberapa bulan selepas itu, apabila dia memperbaharuinya
cukai kenderaannya dengan saya, didapati namanya disenaraihitamkan oleh
polis. Rupa-rupanya dia dikenakan saman sebanyak RM 600 atas dua saman.
Saman pertama kerana menjadi punca kemalangan. Saman kedua kerana tidak mahu
menerima saman pertama.

*
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com

No comments:

Post a Comment